Friday, 28 March 2014

✿ HAKAM :) ✿

HAKAM :)

HUMAN RIGHT :)


Hak asasi manusia merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan atau individu. Konsep hak asasi manusia ini adalah berdasarkan andaian bahawa setiap individu memiliki satu bentuk hak yang sama sebagaimana mereka memiliki identiti insan yang tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti faktor tempatan, faktor perkauman dan juga faktor kewarganegaraan.

Pada asasnya, hak asasi manusia ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, hak asasi manusia merupakan satu bentuk hak yang dapat dinikmati oleh warganegara seperti apa yang termaktub dalam undang-undang negara yang berkenaan. Seperti mana yang kita tahu, dalam perlembagaan malaysia terdapat perkara yang jelas menerangkan tentang hak asasi manusia. Jika berlaku apa jua pencabulan dalam hak berkenaan, mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. Namun begitu, setiap negara mempunyai takrifan yang berbeza mengenai hak asasi manusia dari segi perundangan.

Dari segi moral pula, dapat dijelaskan bahawa hak moral ini amat penting dalam setiap anggota masyarakat. Dengan itu, setiap individu beranggapan bahawa terdapat hak tertentu yang harus dinikmati oleh mereka dan mengakui ia merupakan sifat semulajadi manusia yang semestinya tidak termaktub dalam undang-undang.Maka setiap individu itu akan berusaha untuk tidak mencabuli hak masing-masing.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Oleh itu, jelas menukjukkan bahawa hak asasi manusia amat penting dalam kehidupan sejagat.

No comments:

Post a Comment